Pencapaian cemerlang Sharifah_Amani

Seiring dengan populariti dan bakatnya, Amani sudahpun 5 kali tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dimana beliau telah menenanginya sekali, menerusi filem Gubra. Amani juga dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 2005, 2007, 2008 dan 2009.

Pada tahun 2009, Amani mengorak langkah apabila menceburkan diri di belakang tabir. Beliau menjadi Penolong Pengarah untuk filem Talentime dan juga Penolong Pengarah Lagak Ngeri untuk filem Merong Mahawangsa. Beliau juga kini sedang mengembangkan sayap ke United Kingdom apabila dilamar pihak pengurusan bakat di sana.

Pada tahun 2010 ketika berlangsungnya Festival Filem Asia Pasifik ke 54, Amani telah dicalonkan untuk kategori Aktres Terbaik menerusi filem Muallaf namun tewas kepada aktres veteran Filipina, Anita Linda. Amani merupakan aktres Malaysia termuda yang pernah dicalonkan untuk kategori tersebut sebaris dengan bekas pemenang seperti Tiara Jacquelina dan Maya Karin serta aktres-aktres yang pernah dicalonkan dalam anugerah tersebut seperti Zaiton, Saadiah Baharom, Azean Irdawaty, Rubiah Suparman, Michelle Yeoh, Vanidah Imran, Lee Sinje, Umie Aida dan Janet Khoo.

Rujukan

WikiPedia: Sharifah_Amani http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ffm30-gem... http://gambar.blogspot.com/search/label/Emil%20Emi... http://sharifahamani.blogspot.com/ http://yasminthestoryteller.blogspot.com/2006/08/w... http://www.imdb.com/name/nm1770376/ http://www.pensonic.com/possessed/Cast.html http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.sun2surf.com/articlePrint.cfm?id=14177 http://drowmage.wordpress.com/tag/mukhsin/ http://malaysia.movies.yahoo.com/Cinta/movie/13919...